Bengkel SmartICT Bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau – Zon Serumbu

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel SmartICT ini telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Jun 2019 bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau bagi Zon Serumbu bertempat di Pusat Internet Kg. Skio, Bau. Bengkel ini telah dijalankan atas kerjasama antara Pusat Internet (PI) Bogag, PI Serasot dan PI Skio.

Berikut adalah modul pembelajaran:
1) Microsoft Office Word
• Pengenalan kepada MS Office Word
• Mempelajari asas penggunaan perisian
• Penggunaan Papan Kekunci & Kaedah menaip yang betul
• Membuat Surat Kiriman Rasmi
• Kaedah penggunaan Toolbar / Ribbon
• Kaedah penyusunan isi kandungan dalam dokumen
• Tugasan Menghasilkan Surat Rasmi

2) Microsoft PowerPoint
• Pengenalan kepada MS Office PowerPoint
• Mempelajari asas penggunaan perisian
• Kaedah penggunaan Toolbar / Ribbon
• Memasukkan data
• Kaedah penyusunan isi kandungan dalam slaid
• Tugasan menghasilkan slaid persembahan
• Pembentangan Hasil Tugasan

Bengkel ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dan telah dihadiri seramai 15 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali